Pendakwah, Firdaus Wong memaklumkan mahkamah bahawa dia ada menerima gambar serta beberapa tangkap layar berunsur lucah dikaitkan dengan seorang pengadu wanita yang dikongsikan saksi pertama, Mohd Fairuz Abu.<br /><br />Firdaus yang merupakan saksi ketiga bagi perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew berkata, semua gambar dan tangkap layar berkenaan diberikan kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp.